Hj lu gua.

Subhanallah Alhamdulilah
Saya dan keluarga baru balik berurut di rumah haji lu-gua. di kg jerang simpang durian jelebu.

Alhamdulilah. Sungguh luar biasa. Kaki anak saya yang ada masalah. Sembuh serta merta melalui urutan yang diikhtiarkan oleh hj man atau lebih dikenali dengan nama hj lu gua.

Hj lu gua. Tak menetapkan apa apa bayaran. Berilah berapa ikhlas dia tak kisah. Malah kalau tak beri pun takpa katanya.

“Lu tengok kaki anak lu sekarang, apasal dari dulu lu tak bawa jumpa gua. Gua cuba ikhtiarkan. Tapi takpelah, never too late” katanya.

Selepas memicit micit beberapa minit kaki anak saya, dengan izin Allah. Alhamdulilah. Kaki anak saya dah sembuh.

“Cuba lu duduk tahiyat awal, kalau ok lu duduk bersila pulak” hj lu gua memberi arahan pada anak ku.

“Ibu, ayah. Inilah kali pertama kakak tak rasa sakit masa kakak bersila” kata anak ku.

Subhanallah. Tak mampu lagi aku tahan air mata yang laju gugur. Aku bersyukur pada mu ya Allah. Terima kasih ya Allah. Kau berikan kepada kami kesembuhan.

Sebelum tue masa kami datang tadi saya sempat berbual dengan mereka yang datang untuk berurut. Antaranya muthu dari puchong. Kata muthu ayah nya dulu lumpuh selepas kemalangan. Setelah berurut sebanyak 4 kali dengan hj lu gua, kini ayahnya sudah boleh menunggang motorsikal.

Hj lu gua ni rupanya memang terkenal, pakar urutan sendi dengan cara rawatan beliau yang unik. Dah banyak kali beliau viral sama ada masuk suratkhabar, majalah atau google.

Kalau sesiapa ada masalah sendi. Terutama lumpuh atau stroke. Cubalah berurut dengan hj lu gua. Kita ikhtiar. Sebaiknya telephone beliau dulu sebelum datang. Ni no hp nya 019-6091214.

Share la yer, mana tahu ada saudara mara atau kawan-kawan yang memerlukan.

Advertisements